KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) menjadi satu-satunya universiti tempatan yang tersenarai dalam kedudukan lima ratus universiti terbaik di dunia. Ia berdasarkan laporan Times Higher Education World University Rankings.
UM disenaraikan antara empat ratus hingga lima ratus dalam senarai yang baru dikeluarkan.
Tiada universiti dari Asia yang berjaya menembusi kedudukan dua puluh teratas setelah kedudukan Universiti Tokyo diambil alih oleh Swiss Federal Institute of Technology Zurich di tangga ke dua puluh.
Senarai tersebut juga menyaksikan Jepun menjadi satu-satunya negara di Asia yang berjaya berada di kelompok seratus terbaik.
Kedudukan sepuluh terbaik tidak menyaksikan banyak perubahan kedudukan dengan Universiti Harvard mengungguli carta dan Universiti Cambridge di tempat kelima, manakala Universiti Oxford di tempat ke sepuluh. - Astro Awani

No comments:
Post a Comment