IPOH: Sepasang suami isteri maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika sedang berjoging di Jalan Raja Dr Nazrin Shah di sini awal hari ini.
Mangsa Lee Woon Bin, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Teh Siew Chhon, 47, disahkan mati di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh DSP Wan Sharuddin Wan Omar berkata dalam kejadian 6.30 pagi itu pemandu kereta itu seorang diri dari arah bulatan berhampiran kediaman Menteri Besar, hendak pulang ke rumahnya.
"Kereta terbabit dipercayai dipandu laju sebelum terbabas dan melanggar mangsa lalu tercampak kira-kira 10 meter," katanya ketika dihubungi.
Katanya pemandu kereta itu dipercayai tidak nampak mangsa yang ketika itu sedang berjoging dari Taman Dr Seenivasagam.
"Semasa kejadian cuaca baik manakala keadaan jalan lurus dan satu jalan mempunyai lorong dua hala," katanya.
Pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

- BERNAMA
No comments:
Post a Comment