KUALA LUMPUR: Keganasan rumah tangga berlaku di semua peringkat masyarakat kerana si pendera tidak mengenal pangkat, kedudukan atau status.
Namun, sikap malu dan takut menyebabkan ramai wanita yang terseksa itu hanya mampu mendiamkan diri.
Itu trauma yang mahu dikongsi seorang wanita mangsa dera, yang tidak lagi tahan menghadapi penderaan emosi dan fizikal yang dilakukan oleh suaminya yang bergelar ‘Datuk’.
Penderaan terhadap wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Intan itu, bermula sejak awal perkahwinannya lebih 20 tahun lalu.
Intan mendakwa sering disepak, dipukul, dimaki hamun, malah pernah mahu dibunuh oleh suaminya.
“Saya dibelasah, dipukul dan diterajang serta kepala saya dihantuk ke dinding.
“Saya turut diacukan dengan parang. Saya mengalami tekanan emosi dan saya hampir bunuh diri. Kehidupan saya porak peranda dan tidak tentu arah,” kata Intan.
Tidak tahan didera, Intan mengambil keputusan untuk melarikan diri dan mendapatkan bantuan.
Susulan itu, Intan diceraikan suaminya dan hilang hak penjagaan terhadap enam orang anaknya.
Selepas kejadian itu, intan cuba meneruskan kehidupan dan mendapatkan khidmat kaunseling, walaupun masih mengalami trauma.
“Semasa saya berjumpa kaunselor di Jabatan Pembangunan Wanita, saya diberikan kekuatan mental dan fizikal.
“Saya mempunyai semangat tinggi bila jumpa kaunselor. Saya tidak gentar menghadapi apa sahaja cabaran,” katanya.
Intan merupakan salah seorang 1,353 mangsa keganasan rumah tangga yang dilaporkan dari Januari hingga April tahun ini.
Angka ini menunjukkan peningkatan berbanding 991 kes yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh yang sama tahun lalu.

- Astro Awani
No comments:
Post a Comment