Monday, 26 August 2013

Polis tangkap suspek tembak dan tetak

Polis tangkap suspek tembak dan tetak

KOTA BHARU:  Polis Kelantan berjaya menahan seorang daripada dua lelaki yang dipercayai boleh membantu siasatan kes tetak dan tembak mati seorang lelaki di Kampung Kemasin, Bachok 15 Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata lelaki itu ditahan melalui `Ops Api Khas` dan `Ops Cantas'. Suspek itu berumur 19 tahun dari Kampung Padang Lati, Bekelam.

Dia ditahan bersama dua lelaki lain berusia 22 dan 23 tahun di sebuah rumah Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang jam 5.45 pagi tadi oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah D9.

Polis percaya dengan tertangkapnya lelaki berkenaan dapat menyelesaikan kes tetak dan tembak mati di Bachok.
                                   
Lelaki itu akan ditahan reman mulai hari ini sehingga tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

“Dalam kes itu dua orang suspek telah melakukan bunuh satu menggunakan senjata api dan satu lagi guna parang jadi suspek yang kita tangkap ni suspek kedua bersama suspek pertama yang menggunakan pistol,” kata Mazlan.

Dalam kejadian 15 Februari lalu, seorang bekas anggota tentera, Sauti Muda, 57 tahun ditembak dan ditetak dengan pedang oleh dua lelaki yang menaiki motosikal ketika mangsa sedang bersarapan bersama isterinya di sebuah kedai makan berhampiran rumahnya.

Mangsa meninggal di tempat kejadian. Polis percaya, motif kejadian disebabkan dendam.

Mazlan berkata, dua lelaki lain juga akan ditahan untuk siasatan samada terlibat dengan mana-mana kes melibatkan senjata api dan bunuh.

Pihak polis juga masih menjalankan gerakan memburu Hatim Mohd Zain, 24 tahun, suspek utama kes tembak bekas tentera itu.

Katanya, polis percaya dengan maklumat orang ramai pihaknya dapat menahan penjenayah terlibat dalam masa terdekat.


- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment