Tuesday, 13 August 2013

Penyelidik Brazil temui vaksin elak HIV

Pihak penyelidik di Brazil mendakwa menemui sejenis vaksin baru yang mampu mengelak penyebaran virus HIV.


Pasukan yang diketuai Edecio Cunha Neto memulakan kajian vaksin itu pada 2001 dan menamakan vaksin tersebut sebagai HIVBR18.

Jelas Neto kajian sudah dijalankan ke atas tikus makmal dan menunjukkan tanda positif.

Mereka juga akan membuat kajian ke atas monyet tidak lama lagi.

Jelasnya kajian awal mendapati vaksin berkenaan mampu meningkatkan tahap imunisasi secara berkesan.

Vaksin ini bagaimanapun tidak mampu menyembuhkan pesakit yang dijangkiti virus namun mampu mencegahnya daripada menjangkiti orang lain.

Keputusan akhir keberkesanan virus ini akan diperoleh dalam tempoh lima tahun selepas ujian ke atas manusia dilakukan.
- Astro Awani




No comments:

Post a Comment