KUALA LUMPUR: Penyakit bawaan haiwan mamalia iaitu tikus menerusi air kencingnya atau leptospirosis kini semakin menular.
Ini kerana meskipun statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan penurunan kadar kematian disebabkan jangkitan penyakit itu menurun, namun jumlah kes jangkitan saban tahun meningkat.
Statistik jumlah kes individu yang dijangkiti bakteria leptospira pada tahun 2012 mencecah kepada 3,665 kes di seluruh Negara.
Tinjauan Astro AWANI di beberapa premis makanan di sekitar Bandar Kuala Lumpur mendapati persekitaran sangat kotor.
Bukan longkang yang tidak diselenggara tersumbat, malah ada juga individu yang tidak bertanggungjawab membuang sisa makanan ke dalam longkang. Bahkan tikus-tikus berkeliaran tanpa rasa takut untuk menjamah sisa makanan yang bersepah-sepah.
Premis makanan yang kotor menimbulkan ketidakpuasa hati orang ramai. Bukan sahaja pemandangan yang jelik menjadi tatapan tetapi bau busuk yang tidak menyenangkan memutuskan selera pelanggan.
Orang ramai yang ditemui menggesa agar pihak peniaga lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan di premis mereka.
“Sampah kotor ini punca tikus membiak. Dimana ada makanan disitulah dia hidup. Peniaga pun kadang-kadang sambil lewa,” Kata Nordin Ali yang kesal dengan kebersihan gerai di sekitar Kuala Lumpur.
Malah katanya, jika dibiarkan berlarutan bukan sahaja mengundang penyakit kencing tikus tetapi wabak penyakit yang lebih serius.
Begitu juga dengan Philips Mathew yang ditemui Astro AWANI. Beliau dengan sinis membezakan saiz tikus yang disifatkan lebih besar dari tikus.
“Tikus sekarang lebih besar dari tikus, banyak sangat berkeliaran macam tak takut pada kita. Terlalu banyak, lagipun dengan longkang tersumbat. Bau busuk lagi,” kata Philips sambil ketawa ketika ditemubual wartawan.
Ahmad Daud Abu Bakar turut melahirkan kebimbangan yang sama lebih-lebih lagi ada premis makanan yang sekadar kelihatan bersih dibahagian luar premis sahaja.
“Kedai kenalah bersih dan Jabatan Kesihatan kenalah periksa. Ini tidak kita tengok luar bukan main bersih tetapi kalau tengok dekat dapur kotor,”
Harapan orang ramai agar peniaga lebih bertanggunjawab dalam menjaga kebersihan harapan mereka hanya satu agar semua pihak bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan.
- Astro Awani

No comments:
Post a Comment