ALOR SETAR: Itulah keluhan penduduk Alor Semadom, Alor Setar Kedah yang kebanyakan bernaung di bawah Kelab Bola Sepak Hospital Rangers di Alor Setar yang tidak berpuas hati apabila padang bola sepak yang diuruskan sejak sekian lama diambil alih Inspin.
Pengambilan padang bolasepak itu dibuat pada Mei 2012 oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang memerintah.
Berikutan itu, penduduk tidak dibenarkan bermain di padang tersebut dan menggunakan padang untuk aktiviti sukan sekaligus menyekat aktiviti penduduk.
Menurut Naib Presiden Kelab, Muhamad Bashah Zainal Abidin pengambilan padang bolasepak tersebut amatlah dikesali kerana sejak tahun 1969 padang itu dibangun dan diuruskan sendiri oleh kelab.
Malah ia telah banyak melahirkan ramai pemain yang berkebolehan dan bermain dipentas kebangsaan dan antarabangsa .
Beliau kesal kerana kerajaan Pakatan Rakyat gagal menyelesaikan isu ini dan tidak mempedulikan suara masyarakat sekitar.
Walaupun padang tersebut dimiliki oleh kerajaan negeri, namun Menteri Besar sebelum itu, Tan Sri Osman Aroff telah membenarkan padang tersebut digunakan untuk orang awam dan diuruskan ahli kelab terbabit.
Selain itu ia juga dibangunkan pentas untuk penonoton menonton perlawanan bola sepak yang dianjurkan.
Walaupun, masalah ini telah diajukan beberapa kali namun tidak diendahkan dan penduduk mahu masalah ini diselesaikan segera oleh kerajaan negeri yang baru ini demi pembangunan sukan.
Berikutan, Bashah dan ahli kelab mengadakan perhimpunan aman bagi membantah pengambilalihan padang bola sepak berkenaan.
Pada masa sama mereka meminta Menteri Besar baru, Datuk Mukhriz Mahathir menyelesaikan isu yang membelenggu penduduk.
Mereka yakin Mukhriz dapat mengembalikan padang tersebut kepada penduduk semula.
Untuk itu mereka bercadang akan berjumpa Mukhriz untuk berbincang berkenaan isu ini agar aktiviti sukan di kawasan itu tidak terjejas terutama sukan bola sepak.
- Astro Awani
No comments:
Post a Comment