Sunday, 22 November 2015

Shukri Yahya, Tya Adnan selamat bernikah

SHUKRI Yahya dan Tya Adnan.

PUTRAJAYA: Pelakon, Shukri Yahya, selamat bergelar suami kepada Tya Adnan dengan sekali lafaz pada jam 3.37 petang pada Jumaat, 20 November 2015. 

Majlis pernikahan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, dengan dihadiri kira-kira 200 jemputan termasuk kedua-dua keluarga terdekat pengantin. 

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian Putrajaya, Muhd Redza Ahmad. 

Shukri atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Yahya, 27, menyerahkan mas kahwin dalam bentuk wang tunai berjumlah RM300 bersama-sama sebentuk cincin, manakala wang hantaran tidak diumumkan.

Mempelai lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Antara hantaran yang dihadiahkan kepada pengantin perempuan ialah senaskah al-Quran dan telekung, set minyak wangi, tas tangan, set alat solek, kek serta sirih junjung.

Shukri pula menerima senaskah al-Quran dan tasbih, sepasang kasut, kek, komputer riba, jam tangan, set wangian, coklat, buah-buahan serta sirih junjung.

Sementara itu, Tya atau nama sebenarnya, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 24, yang juga seorang pelakon mengakui bersyukur selamat bergelar isteri kepada aktor terbabit dan sememangnya dia sudah sedia menempuh kehidupan berumahtangga bersama insan yang dicintai.

Majlis persandingan akan diadakan di A-Park, Kampung Pulau Meranti Puchong, dekat sini, esok, yang dijangka diserikan kehadiran kira-kita 1,000 tetamu. 

Pasangan itu mengikat pertunangan pada 11 Januari 2013. Kedua-duanya bertemu buat kali pertama di set penggambaran filem Ular arahan Jason Choong.

MAJLIS pernikahan yang dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

- Sumber: BH Online 

Imej Jennifer Lawrence 'hilang' dari poster di Israel

Imej Jennifer Lawrence telah dikeluarkan dari poster The Hunger Games: Mockingjay Part Two di Israel kerana dianggap mempromosi vandalism.

Imej pelakon Hollywood, Jennifer Lawrence telah dikeluarkan dari poster The Hunger Games: Mockingjay (Part Two) di Israel.

Poster untuk filem itu telah ditapis supaya watak utama Katniss (Jennifer) tidak lagi muncul dalam mana-mana bahan promosi.

Memetik laporan Metro.co.uk, tindakan ini diambil diatas sebab vandalisme, kerana gambar-gambar itu dianggap ganas untuk memaparkan seorang wanita dalam keadaan sedemikian.

Yerusalem dan Bnei Brak adalah antara bandar bertanggungjawab memenyunting gambar Katniss dari poster itu ekoran tindakan sekumpulan Yahudi menentang imej wanita dijadikan tontonan umum.

Menurut The Telegraph, imej ahli politik wanita, mangsa wanita holocaust dan juga aksesori wanita seperti beg tangan dan kasut telah dilarang di kebanyakan bandar di Israel.

Naib Presiden Nur Star Media, Liron Suissa, dalam satu temuramah dengan akhbar Israel Ynet: "Kita pernah menghadapi vandalisme yang tidak berkesudahan dan pelanggan memilih untuk tidak mengambil peluang. Kami membenarkan segala-galanya.Keputusan itu adalah berhak pelanggan.

Syarikat media Nur Star merupakan media yang bertanggungjawab mengendalikan promosi filem ini di Israel.

- Sumber: Astro Awani