Thursday, 19 September 2013

Pemotong kayu balak didakwa curi kereta Bentley bernilai RM800,000

eorang pemotong kayu balak hari ini mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di sini terhadap empat pertuduhan termasuk mencuri dan menyimpan sebuah kereta Bentley bernilai RM800,000.

Bagi pertuduhan pertama, Voon Kok Chuan didakwa memecah masuk kediaman Foo Kok Leang, 63, di No 6, Jalan Watson di sini pada pukul 4 pagi, 6 September lepas dan mencuri satu kunci kereta Bentley, serangkai kunci rumah dan satu kunci kereta jenis Honda.

Voon, 30, dari Taman Seri Berjaya di sini juga didakwa mencuri kereta Bentley bernombor pendaftaran AHR 8 berwarna kelabu bernilai RM800,000 milik Foo di tempat dan pada tarikh sama.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa menyimpan harta curi iaitu kereta tersebut di bengkel membaiki kereta di Jalan Lahad, Menglembu pada pukul 3 petang pada tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda, pertuduhan kedua mengikut Seksyen 379A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda manakala pertuduhan ketiga mengikut Seksyen 411 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab membenarkan Voon diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 23 Oktober untuk sebutan semula kes.

Di sebuah lagi Mahkamah Majistret, Voon didakwa memandu Bentley itu dengan keadaan berbahaya dan boleh menyebabkan kematian Foo, mengikut Seksyen 307 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Suhaima Mohd Noor membenarkan Voon diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Okt untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya K. Kavitha. - Bernama

Perbicaraan kes Alvivi 5 dan 6 Disember 2013

Alvian dan Vivian
Alvian dan Vivian - Foto Bernama


Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan dua hari, iaitu 5 dan 6 Disember ini untuk perbicaraan kes membabitkan blogger seks kontroversi, Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee Mei Ling.

Hakim Murtazadi Amran menetapkan tarikh tersebut, dalam kamarnya selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Pendakwa Raya Nur Haffiza Jemali dan peguam Chong Joo.

Chong memberitahu pemberita bahatuk mendengawa Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 31 Oktober depan unr permohonan pasangan itu yang mengemukakan permohonan untuk membatalkan pertuduhan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Pertuduhan itu adalah berkaitan tuduhan menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama.

Pada 18 Julai lalu, pasangan itu, Alvin, 25, dan Vivian, 24, mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948, subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan pertama, mereka dituduh bersama-sama untuk membuat hasutan di laman Facebook mereka dengan memuat naik gambar mereka makan bak kut teh (hidangan daging babi) dengan ucapan Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (wangi, lazat dan menyelerakan) bersama-sama dengan logo halal.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini, pada 11 dan 12 Julai sekitar jam di 10.48 malam.

Dalam pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa memaparkan gambar lucah pada http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat yang sama pada 6 dan 7 Julai antara jam 9 hingga 2 pagi.

Bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa memuat naik ke laman Facebook mereka gambar yang sama dan komen yang mungkin menyebabkan permusuhan agama antara orang-orang agama yang berbeza.

Kandungan yang telah dibaca di CAF - Syed Restaurant, Jalan Dang Wangi di sini antara 11 dan 12 Julai sekitar jam 10.48 malam.


Sumber: Sinar Harian