Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts

Sunday, 4 January 2015

Move out immediately, Sabah flood victims advised

Abdul Rahim advised all village chiefs and chairmen of village development and security committees to be prepared at all times to face the floods and to contact the district flood operations room when the need arose.

KUDAT: Deputy Defence Minister Datuk Abdul Rahim Bakri today advised the people in flood-prone areas to evacuate immediately to relief centres when ordered to do so by the authorities.

Abdul Rahim, who is the MP for Kudat, said the people should not wait until the floodwaters had reached an alarming level before deciding to move out of their homes.

He spoke to reporters after visiting a flood relief centre at Sekolah Kebangsaan Sikuati here and handing over food and drinks to the over 900 evacuees there.

Abdul Rahim advised all village chiefs and chairmen of village development and security committees to be prepared at all times to face the floods and to contact the district flood operations room when the need arose.

"A flood disaster relief committee has been set up in every district, involving all the relevant government agencies, and it is chaired by the respective district officers," he said.

He also said that the 5th Infantry Brigade based in Sabah had sent 64 soldiers and a medical team as well as six boats and eight three-tonne trucks to help out in the event of floods in northern Sabah, especially Kota Belud, Pitas and Kudat.

Abdul Rahim advised flood victims to exercise patience and perseverance in facing the disaster. 

- Source: Bernama 

Friday, 2 January 2015

Mangsa banjir nikmati 'air tangan' Tengku Puan Pahang


Mangsa banjir nikmati 'air tangan' Tengku Puan Pahang - Foto Instagram

PEKAN: Tengku Puan Pahang Tengku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mahu semua petugas yang ditempatkan di pusat pemindahan agar memastikan barangan yang dihantar adalah berkualiti.

Titah baginda, ia bagi mengelak berlakunya keracunan makanan kepada penduduk terjejas banjir.

Titah baginda, soal pemakanan dan kebersihan di pusat pemindahan perlu dititikberatkan bagi mengelak berlakunya perkara yang boleh mengundang penyakit kepada penduduk terjejas banjir, yang rata-rata adalah dari kalangan orang tua dan kanak-kanak yang menginap di pusat pemindahan.

Tambah baginda, amalan kebersihan yang kurang baik atau penyediaan makanan yang tidak betul menjadi punca pencemaran makanan.

Selain itu amalan kebersihan oleh petugas dan mereka terjejas banjir perlu diterapkan, sepanjang tempoh mereka menetap di sesebuah pusat pemindahan bagi mengekalkan tahap kebersihan.

"Saya cuma minta kepada pusat banjir yang menerima seperti askar atau siapa-siapa, tentukan makanan yang diterima tu yang dah busuk ker atau dah expired ker, kerana kita kena juga menjaga kesihatan yang pindah ke pusat banjir ni, ada orang tua, ada budak, ada yang sakit, ada OKU,” jelas baginda.

Baginda sebelum itu ditemui pemberita selepas berkenan mencemar duli menyediakan hidangan kepada penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai, di Pekan, Pahang.

Pada kunjungan itu, baginda serta paduka-paduka puteri anakanda menyediakan makanan tengahari untuk dihidangkan kepada 1,305 orang yang ditempatkan di pusat pemindahan terbabit.

"Rasa seronokla.. Tengok macam ni kan..Tengku ada datang apa semua..tengok layanan kita macam ni, Alhamdulillah syukurla kepada tuhan," kata Jamaliah Abdul Manaf, salah seorang penduduk terjejas.

"Perasaan tu rasa terharu la bila ada kerabat diraja datangkan..kira rasa macam bagi semangat lagi pada kita kan..lagi nak datang masak kat sini..lagi tak tahu nak cakap macamana," tambah Junainah Ahmad.

Dalam pada itu Tengku Puan Pahang mengharapkan mereka yang terjejas banjir di seluruh negara supaya tabah menjalani ujian Allah, dan berharap keadaan kembali pulih seperti sediakala.


- Sumber: Astro Awani

Thursday, 1 January 2015

Amerika simpati, tawar bantuan kepada mangsa banjir

Amerika simpati, tawar bantuan kepada mangsa banjir
John Kerry

Setiausaha Negara Amerika John Kerry menyampaikan ucapan simpati kepada rakyat Malaysia yang dilanda banjir dan menawarkan bantuan negara itu kepada mereka.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, Kerry menelefon beliau tengah malam tadi untuk bertanya tentang keadaan banjir di Malaysia.

"Kerry juga mengucapkan takziah kepada mangsa tragedi Pesawat AirAsia QZ8501, menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan menyatakan Amerika sedia membantu dalam gerakan mencari," katanya.

Anifah berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerry kerana membuat panggilan itu dan manghargai ucapan takziah serta bantuan yang ditawarkan.

"Malaysia menghargai keprihatinan yang ditunjukkan Amerika dan akan terus bekerjasama dengan kerajaan negara itu bagi memudahkan pengurusan bantuan yang ditawarkan," katanya. 

- Sumber: Bernama

Malaysia tidak sambut Tahun Baharu buat kali kedua

Orang ramai melihat pertunjukan bunga api dari ruang parkir terbuka Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sempena sambutan Ambang 2015 di sini, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Buat kali kedua, rakyat Malaysia di seluruh negara tidak menyambut kedatangan Tahun Baharu 2015, selepas kali pertama tidak berbuat demikian pada 2005 akibat tragedi tsunami yang melanda Asia Tenggara pada akhir 2004.

Pembatalan sambutan Tahun Baharu 2015 itu berikutan pelbagai tragedi dan musibah yang melanda Malaysia sepanjang 2014, antaranya insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Timur Ukraine dan terbaharu bencana banjir di beberapa negeri.

Sambutan tahun baharu pada malam 31 Dis seperti kelazimannya tidak lagi mewarnai tempat tumpuan orang ramai sekitar ibu negara seperti di Dataran Merdeka, Menara Berkembar Petronas, Jalan Bukit Bintang di samping lokasi lain di seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di Kelantan, negeri paling teruk dilanda banjir tahun ini, bagi meninjau dan melawat mangsa yang terjejas teruk dengan bencana itu.

Beliau mengakhiri tahun 2014 dengan bersolat jemaah bersama-sama mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2.

Sambutan ambang tahun baharu yang direncanakan sebelum ini seperti kebiasaannya, dibatalkan sebagai tanda menghormati negara yang dilanda musibah banjir di samping beberapa tragedi yang di luar jangkaan.

Di PUTRAJAYA, program sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 tajaan Kumpulan Ambank pada malam tadi, dibatalkan sebagai tanda simpati terhadap mereka yang terjejas banjir, menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sebaliknya ia diraikan dengan program keagamaan yang dinamakan 'Karnival Raudah NASIONALfm' di Masjid Putra sempena Tahun Baharu 2015.

Program anjuran NASIONALfm dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Perbadanan Putrajaya bermula 2 petang dengan pelbagai aktiviti termasuk solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin dan solat hajat banjir.

Karnival Raudah itu juga menampilkan penceramah terkemuka Ustaz Mohamad Kazim Elias dan Ustaz Mohamad Najmuddin Elias membincangkan topik 'Cabaran Tahun Baharu Dalam Konteks Mempertahankan Keimanan Remaja, Keluarga dan Masyarakat' dan 'Azam Tahun Baharu Mengikut Lunas-lunas Islam'.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh Ustaz Nabil Ahmad dan Kumpulan Far East serta persembahan alunan Burdah & Qasidah daripada Kumpulan Anak Warisan Kasih.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat.

Di KUALA LUMPUR, laungan takbir sebanyak tujuh kali diperdengarkan buat pertama kalinya menggantikan percikan bunga api sempena Sambutan Malam Tahun Baharu 2015 di Dataran Merdeka pada detik 12 malam ini.

Setiausaha program Malam Cinta Rasul 2015, Zainal Abidin Amir berkata laungan takbir itu sebagai simbolik kepada pelbagai musibah yang menimpa negara termasuk kejadian banjir di Pantai Timur dan kehilangan pesawat MH370.

Menurutnya pelbagai acara kerohanian disediakan bermula 8 malam, termasuk solat Isyak berjemaah, solat hajat, qasidah dan sesi bersama Habib Syech Abdul Kadir Asseggaf.

"Seramai 25 urusetia bakal mengedarkan tabung kemanusiaan kepada orang ramai khusus bagi didermakan kepada mangsa banjir di Pantai Timur. Sebelum ini sebanyak RM150,000 telah dikutip beberapa hari lepas yang disumbangkan oleh badan korporat.

"Kesemua kutipan akan diserahkan kepada tabung mangsa banjir NSTP-Media Prima pada malam ini," katanya.

Sementara itu, di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), pertunjukan pancutan air berwarna-warni dipertontonkan kepada pengunjung yang meraikan sambutan ambang tahun baharu 2015.

Tinjauan Bernama mendapati tiada konsert diadakan dan juruacara program turut meminta orang ramai menderma bagi mangsa banjir di negeri Pantai Timur.

Bernama difahamkan tiada pertunjukkan bunga api diadakan bagi menghormati pelbagai tragedi yang menimpa negara ini termasuk kejadian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas 28 Dis lepas.

Di PULAU PINANG, Sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 yang dijadualkan di Padang Esplanade, turut ditukar kepada kempen mengutip dana untuk membantu mangsa banjir.

Di MELAKA, Program Sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Dataran Sungai Melaka diadakan secara sederhana.

Di SEREMBAN, program Sambutan Tahun Baharu 2015 di Port Dickson Waterfront seperti yang dijadualkan turut dibatalkan.

- Sumber: Bernama