Monday, 20 March 2017

Sistem Laser 60 kW untuk kegunaan tentera Amerika

Pembangunan senjata laser oleh Lockheed Martin kini memasuki dekad ke empat.


Hujung minggu lalu mereka mengumumkan penghasilan senjata laser baru untuk kegunaan Tentera Amerika Syarikat. Kuasa laser meningkat ke 60 kW berbanding HEL-MD yang hanya dilengkapi laser 30 kW sebelum ini. Dalam laporan asal kami mengenai HEL-MD pada tahun 2015, ia adalah sistem senjata yang mengingatkan kami kepada Prism Tank dari Red Alert 2.

Sistem laser Lockheed Martin ini dibangunkan sebagai senjata penangkis serangan misil, roket, mortar dan sistem memusnahkan senjata ringan milik musuh. Prototaip laser 60 kW ini diserahkan ke US Army Space and Missile Defense Command untuk melihat kebolehgunaannya di medan perang. 

Kuasa laser yang berjaya dijana ini masih lagi jauh di bawah keperluan mereka untuk program High Energy Liquid Laser Area Defense System (HELLADS). Projek ini mensasarkan laser dengan kuasa 150 kW digunakan pada pesawat pejuang sebagai ganti mesingan yang digunakan sekarang.

- Sumber: Amanz 

No comments:

Post a Comment