Mohd Asrul menunjukkan cincin (bearing) yang dipotong dari kemaluan mangsa. - Foto ihsan bomba
GEORGETOWN - Seorang lelaki menempuh detik cemas apabila kemaluannya tersekat dengan bearing yang dipakainya sejak 12 jam lalu.
Pegawai Bomba Balai Bomba Jalan Perak, Mohd Asrul Naim Abidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Hospital Pulau Pinang (HPP) berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.50 pagi tadi.
Menurutnya, sepasukan bomba tiba di HPP lima minit kemudian dan mendapati mangsa berusia 20 an itu dalam keadaan separa sedar.
Bomba mengambil masa 10 minit untuk memotong cincin (bearing) dari kemaluan mangsa. - Foto ihsan bomba
"Selepas menerima panggilan khidmat khas iaitu memotong cincin (bearing) di kemaluan, kami bergegas di HPP. Difahamkan, sebelum bomba dihubungi, ada jabatan lain yang cuba memotong cincin (bearing) pada kemaluan mangsa namun gagal.
"Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong cincin (bearing) itu dan ia berjaya dibuka dari kemaluan mangsa. Kita menggunakan alat khas yang dicipta sendiri oleh Balai Bomba Jalan Perak untuk memotong cincin (bearing) itu," katanya ketika ditemui di pekarangan HPP hari ini.
Menurutnya, mangsa menggunakan cincin berkenaan yang merupakan bearing yang biasanya dipasang di kolam renang.
- Sumber: Sinar Harian | 19 Mac 2017
No comments:
Post a Comment