Friday, 30 October 2015

Wanita diekori 3 motosikal, polis jawab 'Kami bukan Superman'

Viral di media sosial baru-baru ini, luahan kecewa seorang pengguna Facebook yang didakwa diberi jawapan yang tidak bertanggungjawab oleh seorang anggota polis selepas mengadu diganggu tiga pembuli jalan raya.

KUALA LUMPUR : Viral di media sosial baru-baru ini, luahan kecewa seorang pengguna Facebook yang didakwa diberi jawapan yang tidak berasas oleh seorang anggota polis selepas mengadu diganggu oleh sekumpulan pembuli bermotor.

Menerusi satu kenyataan Facebook, Noorhidayu Mohamed Noor mendakwa mereka sekeluarga telah diganggu oleh tiga penumpang motosikal yang bertindak mengacah serta menyimbah cecair ke atas cermin kereta yang dipandu.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika mereka sekeluarga dalam berjalanan pulang ke Kelantan dan insiden itu belaku di daerah Kahang, Johor. 

“Kalaulah ini sikap pegawainya, maka tidak perlulah pelik kenapa jenayah semakin berleluasa”

-Menurut mangsa, tiga lelaki berkenaan yang kelihatan seperti pelajar sekolah menengah namun rupa muka mereka tidak jelas kerana ditutup dengan topi keledar masing-masing.

Risau dengan perbuatan tiga lelaki tersebut, mangsa berkenaan membuat panggilan kecemasan ‘999’ untuk melaporkan kejadian tersebut.

Tetapi mereka diminta untuk membuat laporan di balai polis yang berdekatan. Oleh itu, mangsa terpaksa meneruskan perjalanan sambil diganggu dan akhirnya berjaya singgah di Balai Polis Kahang.

Menurut kenyataan tersebut, selepas kejadian itu dilaporkan, wanita berkenaan diminta bertemu seorang pegawai polis dari IPD Kluang.

Noorhidayu berkata perbualannya dengan pegawai tersebut amat mengecewakan kerana jawapan yang diterima dilihat sebagai tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.

Tambah-tambah lagi, pegawai polis itu didakwa berkata, mereka bukan ‘Superman’ yang boleh muncul apabila mereka meminta bantuan kecemasan.

Berikut adalah perbualan yang dikongsi oleh Hidayah and beginilah seperti ditulis oleh pengadu;

Malah, Noorhidayu turut mempersoalkan sikap pegawai polis di negara ini yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat serta negara.

“Kalaulah ini sikap pegawainya, maka tidak perlulah pelik kenapa jenayah semakin berleluasa.

“Kalau di bangku sekolah mereka sudah berani buat begini, besar nanti jangan mereka yang mengacukan pistol kat kepala kau sudah.

“Beribu batu perjalanan kami, di bumi Malaysia juga keselamatan kami diancam,” Noorhidayah mengakhiri postingnya itu.

Setakat ini, kenyataan tersebut telah dikongsi lebih dari 21 ribu kali.

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment