Saturday, 18 July 2015

300 cedera apabila kereta api bertembung di Johannesburg

Jurucakap Metrorail, Lilian Mofokeng, berkata, ketika kejadian, kedua-dua kereta api itu bergerak di landasan yang sama dari pusat bandar raya Johannesbury ke bandar Soweto. - Foto AFP

JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya 300 orang cedera apabila dua kereta api komuter bertembung di Johannesburg, Afrika Selatan.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Johannesburg, berkata, kira-kira 100 penumpang terselamat dan tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Bagaimanapun, katanya 326 dikejarkan ke hospital berhampiran sejurus kemalangan itu berlaku dengan ada di antara mereka mengalami kecederaan parah.

Pasukan bomba masih lagi berusaha mengesan penumpang yang mungkin tersepit di dalam gerabak-gerabak komuter berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Metrorail, Lilian Mofokeng, berkata, ketika kejadian, kedua-dua kereta api itu bergerak di landasan yang sama dari pusat bandar raya Johannesbury ke bandar Soweto.

Setakat ini, katanya, punca kemalangan itu belum diketahui dan sedang disiasat

Menurutnya, pihak berkuasa masih lagi mengumpul maklumat bagaimana, kedua-dua kereta api komuter itu boleh bertembung.

Kemalangan itu berlaku ketika waktu puncak. 

- Sumber: Agensi | Julai 18, 2015

No comments:

Post a Comment