Sekiranya anda inginkan jam yang menyerlah dengan perincian berani untuk disesuaikan dengan gaya hidup anda, jam BOMBERG adalah apa yang anda perlukan.
Boleh didapati di Malaysia sejak Februari 2015, BOMBERG telah melancarkan koleksi BOLT-68 yang dibawakan secara eksklusif melalui Watatime. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BOMBERG, Giancarlo Mantuano, “Koleksi BOLT-68 menampilkan ciri-ciri unik di mana butang-butang dan ‘crown’ diletakkan pada posisi jam 12.
Ini membolehkan setiap jam ditransformasi untuk menjadi jam poket. Berikutan respons positif yang diterima daripada peminat jam tempatan, saya berbesar hati untuk mengumumkan BOLT-68 NEON yang dilancarkan di Baselworld 2015 baru-baru ini terdiri daripada empat variasi kuarza baru.
Tiga daripadanya datang dengan bekas keluli hitam ‘Physical Vapour Deposition’ (PVD) dengan pilihan hijau neon, biru muda atau fuchsia dan yang keempat pula adalah model emas putih dan ros.
- Sumber: Astro Publication
No comments:
Post a Comment