Monday, 20 April 2015

Video ibu pura-pura pijak anak tersebar

Aksi ibu yang mahu memijak anaknya berjaya dirakam.

MOSCOW - RUSIA. Sebuah video yang memaparkan seorang ibu yang sedang bertekak dengan suaminya berpura-pura mahu memijak kepala anaknya yang berusia 18 bulan menarik perhatian pengguna Internet.

Perbuatannya itu dirakam oleh suami wanita berkenaan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Vyacheslav Samoilov, 32, bertengkar mulut dengan isterinya Victoria, 30, selepas dia melihat mesej lelaki di telefon bimbit isterinya itu ketika mereka sedang bersiar-siar di sebuah taman di bandar Noginsk di Wilayah Barat Moscow.

Menurut saksi, Ludmila Ignatyeva, 43 memberitahu polis, pasangan suami isteri berkenaan bertengkar dan ibu itu kemudiannya meletakkan bayi ke atas tanah dan berpura-pura mahu memijak bayi berkenaan.

"Lelaki itu kemudiannya melarikan diri dan wanita itu mengejar suaminya dan membiarkan bayi itu di atas tanah", katanya dipetik Metro.uk.

Bayi itu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan doktor dan berada dalam keadaan baik.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment