Penyampai Radio Wanita Popular, Fara Fauzana pada Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Munira Abdul Ghani
KUALA LUMPUR : Kemenangan kali kesembilan Fara Fauzana menerusi kategori Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2014) untuk edisi ke 28 menepati ramalan ramai.
Namun beliau sama sekali tidak menyangka kemenangannya pada malam tadi.
Fara Fauzana atau nama penuhnya Fara Fauzana Mohd Fadzil menganggap kemenangan ini sebagai satu bonus kerana tidak menyangka berjaya mengekalkan trofi itu buat sembilan tahun berturut-turut.
"Walaupun orang kata sudah sembilan kali tetapi saya tetap tidak menyangka dan hanya berserah. Malah tangan saya masih menggeletar lagi pada ketika ini.
"Bagi saya saingan terdekat adalah Abby Fana kerana beliau sentiasa tercalon bagi kategori yang sama. Namun tak bermaksud saya memandang rendah mereka lain yang tercalon," kata Fara ketika selepas selesai acara kemuncak itu di Arena Of Stars, Genting Highlands.
Tidak merancang untuk mengikut jejak Datuk Siti Nurhaliza untuk menarik diri setelah menang beberapa di anugerah berprestij itu, Fara berpendapat beliau masih terikat dengan stesen radio HotFM dan perlu berbincang dengan pihak pengurusannya sebelum mengambil sebarang keputusan.
"Keputusan untuk menarik diri tidak boleh sewenang-wenangnya diambil kerana saya masih terikat dengan HotFM. Melainkan jika saya sudah berhenti kerja seperti Faizal Ismail barulah saya boleh membuat keputusan sebegitu.
"Janji saya buat masa ini adalah untuk menjadi diri sendiri. Dengan imej bertudung sekarang, saya tidak lagi mengendalikan ruangan gosip malah segmen Panggilan Hangit juga sekala sekala saja saya buat," kata Fara.
Mengulas mengenai kemenangan Neelofa menewaskan dirinya bagi kategori Pengacara TV Wanita Popular, Fara ternyata berbangga dengan kemenangan bekas gandingan pengacara rancangan Nona itu.
"Saya ternyata berbangga dengan kemenangannya menerusi kategori itu. Tidak timbul istilah tewas di tangan sesiapa. Saya sendiri tidak menyangka Lofa menyebut nama saya dalam ucapan kemenangannya itu.
- Sumber: Sinar Harian | 6 April 2015
No comments:
Post a Comment