PERSANDINGAN Elizad dan Shamsul Baharin Rahman di The Sacred Garden Kuala Lumpur, malam ini. - Foto Aziah Azmee
KUALA LUMPUR: Majlis persandingan pelakon yang popular dengan drama rantaian Teman Lelaki Upahan, Elizad Sharifuddin, 31, dengan pasangannya Shamsul Baharin Rahman, 43, berlangsung dalam suasana syahdu berikutan ketiadaan ibu pelakon itu dalam meraikan majlis penuh bersejarah berkenaan.
Ibu Elizad, Nazariah Mohd Salleh meninggal dunia dua tahun lalu selepas menderita penyakit parkinson.
Pelakon itu yang ditemui berkata, beliau sedih kerana ibunya tidak sempat melihat beliau berumahtangga.
ELIZAD sebak ketika memeluk bapanya, Sharifuddin Baharuddin pada majlis perkahwinannya di The Sacred Garden Kuala Lumpur, malam ini. - Foto Aziah Azmee
"Saya sedih kerana ibu tidak bersama-sama pada hari ini. Sepatutnya ibu adalah orang paling sibuk pada hari ini. Tapi nampaknya hasrat ibu untuk melihat saya disatukan tidak kesampaian," katanya.
Elizad mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila merahsiakan perkahwinannya dengan duda kepada dua cahaya mata itu pada 11 Januari lalu di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
Menurut pelakon itu, dia terpaksa merahsiakan pernikahannya atas permintaan bapanya Sharifuddin Mohd Baharuddin yang tidak begitu sihat.
- Sumber: BH Online
No comments:
Post a Comment