Thursday, 15 January 2015

Wanita potong alat sulit suami dua kali



SHANGQUI - CHINA. Seorang wanita ditahan kerana memotong alat sulit suaminya yang dikatakan curang dengan wanita lain.

Menurut laporan Mirror, Fan Lung, 32 menggunakan telefon bimbit isterinya untuk menghantar mesej kepada kekasihnya, Zhang Hung, 21, namun terlupa untuk log keluar akaun emelnya dan apabila isterinya, Feng, 30 meneliti telefon, dia menemui mesej yang dihantar suamninya.

Berang dengan kejadian itu, wanita tersebut kemudiannya mengambil gunting dan memotong alat sulit suaminya semasa lelaki tersebut sedang tidur.

Fan kemudiannya dikejarkan ke hospital dan alat sulitnya berjaya disambung semula.

Walaubagaimanapun, Feng dikatakan menyusup masuk ke bilik hospital dan memotong kembali alat sulit suaminya dan kemudian membuangnya ke luar tingkap. Menurut jurucakap hospital, pihaknya hanya menyedari kejadian tersebut selepas diberitahu seorang lelaki bogel sedang memukul seorang wanita di luar hospital

"Staff bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati darah mengalir di kaki lelaki itu", katanya.

Doktor dan polis berusaha mencari bahagian alat sulit yang telah dipotong di luar hospital tetapi tidak berjaya dan percaya ia mungkin sudah dibawa lari haiwan jalanan.

Jurucakap hospital menambah, lelaki itu kehilangan banyak darah dan telah menjalani pembedahan.

"Dia berada dalam keadaan stabil, tapi masih dalam keadaan tertekan.

Dalam pada itu, kekasih lelaki tersebut berkata mereka akan segera berkahwin.

"Saya tidak kisah dia kehilangan alat sulitnya kerana dia telah mempunyai lima orang anak", katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment