Thursday, 22 January 2015

Polis siasat video vokalis bergari disebarkan

Twitter Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar

SHAH ALAM - Polis akan menyiasat serta mengambil tindakan tegas ke atas individu yang merakam serta memuat naik video vokalis terkenal yang menyanyi ketika ditahan.

Kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman mikro Twitternya pagi tadi.

“Pihak PDRM akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap individu yang merakam dan memuat naik video penyanyi itu semasa bergari,” katanya.

Dalam paparan video tersebut menyaksikan individu yang bertanggungjawab merakam video itu memaksa dia menyanyikan lagu popularnya dalam keadaan tangan bergari.

Video berdurasi satu minit 23 saat itu menjadi viral serta mendapat kecaman pelbagai pihak sebaik ia tersebar menerusi laman sosial seperti blog dan Facebook.

Penyanyi berusia 43 tahun itu ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira jam 12.30 pagi tadi pada Rabu lepas.

Dia ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebelum itu, kediaman penyanyi tersebut telah diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya.

Hasil pemeriksaan, satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram telah ditemui di dalam salah sebuah bilik di kediaman penyanyi itu.

Soal siasat awal mendapati dia mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin sejak 10 tahun lalu.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment