Tuesday, 20 January 2015

Banjir di Sarawak terus memburuk, 6,952 mangsa dipindahkan

Keadaan banjir yang melanda beberapa bahagian di Sarawak sejak beberapa hari lalu terus tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

KUCHING: Keadaan banjir yang melanda beberapa bahagian di Sarawak sejak beberapa hari lalu terus tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

Setakat jam 7 pagi tadi, seramai 6,952 orang penduduk di seluruh negeri itu telah diarahkan berpindah dari kediaman masing-masing dan ditempatkan di pusat-pusat pemindahan yang tinggi dan selamat.

Jumlah tebabit melibatkan 1,689 keluarga yang mendaftarkan diri mereka di pusat pemindahan.

Bahagian Kuching terus mencatatkan jumlah tertinggi mangsa yang dipindahkan iaitu seramai 4,269 orang dari 1,018 keluarga, diikuti bahagian Samarahan 1,729 orang mangsa dari 416 keluarga, bahagian Limbang 765 orang dari 189 keluarga dan yang terakhir adalah bahagian Mukah dengan 189 orang mangsa dipindahkan melibatkan 69 keluarga.

Dalam pada itu, hari ini dijangkakan lebih ramai lagi penduduk akan dipindahkan ke pusat pemindahan sekiranya hujan lebat berterusan dimana ianya juga akan bertembung dengan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda negeri itu sepanjang minggu ini dimana hari ini diramalkan air pasang setinggi 6.0 meter akan melanda yang dibimbangi akan menjejaskan kawasan-kawasan rendah di terutama di persisiran sungai.

Sementara itu menurut Bernama di KELANTAN, jumlah mangsa banjir kekal sebanyak 255 orang sejak malam tadi melibatkan 62 keluarga yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan di Kuala Krai.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan berkata, sehingga 8 pagi tadi, kesemua mangsa masih ditempatkan di dewan sekolah, kilang dan masjid.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir masih kekal sebanyak 78 orang daripada 19 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata, jumlah mangsa banjir kekal sebanyak 78 orang seperti malam tadi dengan 44 orang di Perak Tengah manakala 34 orang di Hulu Perak. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment