Saturday, 27 December 2014

'Sedih, hiba mendengar tangisan mereka'

  • Banjir

SHAH ALAM - "Kemunculan saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramanian memecah kebuntuan rasa," demikian reaksi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tatkala menceritakan pengalamannya ketika melawat Hospital Kuala Krai yang dilanda banjir baru-baru ini.

Katanya lagi: "Betapa sedih dan hiba saya mendengar tangisan. Dari sudut hati mereka, sungguh menyentuh hati setiap insan dan jiwa.

"Kehadiran kami diharapkan dapat memberi semangat baru dan ternyata kami mendengar bukan untuk menjawab tetapi memahami segala rintihan dan keperluan mereka."

Jelasnya lagi, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan pesakit di Hospital Kuala Krai berada dalam keadaan baik, namun dugaan ALLAH tiada daya baginya untuk ‘menghalang’ ujian daripada-NYA.

“…saya telah mempengerusikan satu lagi mesyuarat kecemasan bagi membincangkan penyelarasan sambungan pemindahan pesakit-pesakit tenat daripada Hospital Kuala Krai ke hospital di Lembah Klang dan HUSM, serta penghantaran bekalan makanan, air dan ubat-ubatan menggunakan helikopter yang akan diusahakan sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tindakan awal KKM adalah untuk memastikan Hospital Kuala Krai dapat berfungsi seperti biasa dengan menghantar 1000 liter diesel setelah TNB mematikan kuasa letrik untuk kegunaan “generator”.

"Misi KKM jelas serampang dua mata setelah kami berjaya memindahkan seorang pesakit yang tenat dalam bantuan pernafasan dan dua bayi pada hari sebelumnya dan juga memastikan keperluan harian mencukupi.

“Hari ini kita berjaya memindahkan 38 lagi pesakit tenat dan ada yang menggunakan bantuan pernafasan. Walaubagaimanpun dua lagi pesakit tidak dapat di pindahkan pada hari ini dan akan dipindahkan keesokan hari," katanya yang dipetik menerusi laman media sosial Facebook miliknya. 

Menurut Noor Hisham, Hospital Kuala Krai adalah hospital berpakar major dan masih ada 105 pesakit yang stabil dan masih dirawat oleh pakar-pakar KKM pelbagai bidang.

"Warga KKM yang bertugas tanpa henti selama lima hari adalah seramai 180 orang.

“ Sesungguhnya inilah adalah satu dugaan dan cabaran ALLAH SWT kepada setiap warga KKM dalam bencana banjir. Semoga ALLAH SWT memberikan mereka kekuatan dan ketabahan serta mempermudahkan saya dan YB menteri memperbaiki keadaan dan memantapkan Hospital Kuala Krai mencapai keunggulan. Insha-ALLAH,” katanya.

Noor Hisham menambah, beliau sangat-sangat terharu dengan doktor yang bertugas di Hospital tersebut, kerana semangat kental mereka dalam membantu pesakit.

“Raut wajah mereka jelas kepenatan tetapi cuba menyembunyikan seribu satu persoalan, rasa kerisauan, ketakutan dan ketidakpastian apabila ahli keluarga mereka turut putus hubungan sama sekali dan harta benda juga terlibat dalam banjir.

“Saya rasa amat terharu dengan semangat kental dan ketabahan mereka kerana masih dapat memberi rawatan terbaik kepada pesakit-pesakit tanpa mengira masa.


"Inilah keiklasan dan niat murni mereka bertugas tanpa henti iaitu selama lima hari dan masih mampu bersedia membantu,” jelasnya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment