SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin meninggal dunia di Institut Jantung Negara jam 9 malam tadi.
Arwah pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1435H Kebangsaan 2013 dan dilantik Pengerusi Majlis Amanah Rakyat.
Sebelum itu, beliau menjawat jawatan Pengarah, Kor Agama Angkatan Tentera dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Jenazah akan dibawa ke rumahnya di No 8 Jalan Suasana 5/3A Bandar Tun Hussein Onn 43200 Cheras Selangor.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment