SHAH ALAM - Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjunjung titah Sultan Selangor berhubung keputusan menarik balik Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) hari ini.
“Saya mengambil maklum, berdasarkan kenyataan media Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, gelaran Datuk Seri telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014.
“Gelaran ini telah dikurniakan kepada saya pada tahun 1992 oleh Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa saya membuat sebarang permintaan atau permohonan dan saya menjunjung kasih terhadap ihsan Almarhum Tuanku yang telah berkenan untuk mengurniakan penghormatan ini kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Gelaran ‘Datuk Seri’ Anwar ditarik]
Dalam pada itu, Anwar menambah, beliau akan tetap menjalankan tugasnya terutama dalam menjunjung Perlembagaan negara, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen serta akan sentiasa mendokong perjuangan untuk meningkatkan martabat rakyat.
“Pada masa yang sama, saya akan terus bertugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor demi menjaga kepentingan negeri Selangor dan rakyatnya,” katanya lagi.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment