Friday, 7 November 2014

Pagar makan padi: Dijangkiti HIV selepas dirogol bapa kandung

JAKARTA - INDONESIA. Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang lelaki selepas dipercayai merogol anak perempuannya yang berusia 10 tahun.

Polis berkata, suspek berusia 52 tahun dari Ambon turut menghidap HIV.

Ketua polis Ambon, William Cornelese Tanasale berkata, suspek boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun jika didapati bersalah.

"Berdasarkan siasatan awal, kami percaya mangsa dirogol bapa kandungnya sejak tadika dan ia berlanjutan sehingga sekarang," katanya.

Rahsia lelaki itu terbongkar selepas jiran membawa mangsa berjumpa doktor kerana kesihatannya yang semakin merosot.

Hasil pemeriksaan doktor, kanak-kanak tersebut turut didiagnosis HIV.

Isteri suspek meninggal dunia pada 2011, juga dijangkiti virus maut itu, laporan dipetik dari Jakarta Globe.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment