KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Rabu ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata keadaan sama dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Condore, Reef North dan Layang-layang.
Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter di kawasan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi serta sukan laut.
- Sumber: Bernama
No comments:
Post a Comment