“SAYA masih akan jadi diri sendiri dan tidak akan berubah menjadi seorang yang hipokrit,” itulah penjelasan pelakon dan pelawak, Sharifah Sakinah apabila ditanya sama ada akan berubah setelah bergelar tunangan orang.
Pelakon yang mesra di sapa Sakinah ini bakal menjalani majlis pertunangan esok bersama bersama jejaka yang dikenali sebagai Aliff Adha Jamil, 26.
Kata Sakinah, apa pun statusnya selepas ini ia tidak akan mengubah dirinya menjadi orang lain.
“Ramai yang bertanya soalan yang sama, tapi saya hanya mahu jadi diri sendiri.
“Status saya selepas ini memang tidak akan beri kesan apa-apa cuma dari segi tanggungjawab sahaja yang semakin bertambah.
“Aktiviti seni pula masih akan berjalan seperti biasa dan Aliff tidak pernah menghalang untuk saya teruskan kerjaya saya dan dia amat memahami dalam hal ini,” katanya.
Sementara itu bercakap mengenai persiapan majlis pertunangannya, Sakinah bagaimanapun memberitahu ia dijalankan secara bersederhana.
“Dari segi persiapan itu tidaklah terlalu meriah tapi semuanya biasa-biasa sahaja. Segala persiapan saya serahkan kepada keluarga lagi pun ia hanya majlis pertunangan,” katanya.
Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, sebelum ini turut mengumumkan majlis pernikahannya bakal akan dilangsungkan pada 28 Mac tahun depan.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment