Saturday, 13 September 2014

Zarina Anjoulie tak yakin kahwin

Melewati perjalanan kira-kira 45 minit dari Bangsar ke USJ, Subang Jaya petang kelmarin bersama pelakon seksi, Zarina Anjoulie memberikan penulis secebis ruang mendekati dan melihat dirinya sebagai insan biasa, bukan selebriti wanita kontroversi sebagaimana dia dikenali selama ini.

Topik perbualan mengiringi perjalanan kami menuju ke kediaman pelakon yang mula dikenali dengan drama bersiri Anak Pontianak itu dimulakan dengan pertanyaan bagaimana dia begitu tabah menghadapi kontroversi demi kontroversi yang sebahagiannya amat mengaibkan. 

Penangan isu kontroversi yang tercetus tempiasnya turut terkena keluarganya. Difahamkan, seorang anggota keluarganya pernah diludah orang ketika dalam perjalanan ke masjid gara-gara isu berkenaan. 

Bagaimanapun, Zarina yang juga mesra disapa Anju enggan mengenang lagi kisah pahit itu. Meskipun gosip yang tersebar itu belum tentu sahih, tempiasnya tetap dirasakan kerana persepsi masyarakat sememangnya tidak boleh dikawal.

“Ada dalam kalangan teman rapat berkata, kalau mereka di tempat saya barangkali sudah bunuh diri."


--Sumber: Harian Metro, Sept 12 2014

No comments:

Post a Comment