BANGKOK - Walaupun Thailand telah melancarkan pemburuan terhadap mereka yang bertanggungjawab membunuh dua pelancong muda British di resort Koh Tao lebih seminggu lepas, pelancong tetap membanjiri pulau itu.
Industri pelancongan di pulau itu kembali memuncak, kata Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-ocha kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan di sini, hari ini.
Menurutnya pihak berkuasa seperti Kementerian Pertahanan, agensi keselamatan dan Kementerian Luar telah menghubungi Kedutaan British untuk memberikan maklumat terkini mengenai siasatan pembunuhan itu.
Mayat Hannah Wotheridge dan David Miller ditemui di pantai Koh Tao pada awal pagi 14 September lepas.
Tiada siapa yang disabitkan dengan jenayah itu setakat ini.
Koh Tao adalah destinasi pulau yang terkenal bagi aktiviti selam skuba dan selam snorkel di wilayah Surat Thani, bahagian selatan Thailand. - Bernama
No comments:
Post a Comment