TAI Cheau Xuen merangkul pingat emas sulung yang juga pingat pertama kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Asia Incheon, Korea Selatan, hari ini.
Atlet wushu dari Negeri Sembilan berusia 23 tahun itu memenangi acara nandao dan nanquan wanita apabila mengumpul 19.23 mata untuk mengatasi peserta Indonesia, Wasni Juwita Niza (19.19) dan Wei Hong dari China (19.15) meraih gangsa.
Wei Hong adalah peserta pilihan utama dalam acara itu tetapi dia terjatuh ketika melakukan pendaratan dalam persembahan nanquan.
Seorang lagi peserta negara, Diana Bong gagal memenangi pingat apabila sekadar menduduki tangga ke-12 dengan 18.25 mata.
Ia kali keempat berturut-turut wushu menyumbang pingat emas buat Malaysia pada Sukan Asia selepas Ho Ro Bin (Busan 2002) dan Chai Fong Ying (Doha 2006 dan Guangzhou 2010).
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/20
No comments:
Post a Comment