Friday, 26 September 2014

Jet pejuang Arab Saudi, UAE sertai serangan udara AS di Syria

10 pesawat pejuang Arab Saudi, 6 pesawat AS menyertai serangan udara di Syria - Pentagon


WASHINGTON: Sepuluh pesawat pejuang Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyertai pusingan terbaharu serangan udara ke atas Syria dalam siri penentangan terhadap kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), kata Pentagon semalam.

Enam pesawat Amerika Syarikat turut menyertai serangan pada Rabu di kilang penapis minyak yang dikuasai kumpulan militan ISIS.

Menurut jurucakap Pentagon, Laksamana Muda John Kirby kepada wartawan, 80 peratus daripada bom yang diledakkan adalah daripada jet pejuang Arab Saudi dan UAE. - AFP 

No comments:

Post a Comment