Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, suspek berusia 30-an dan 20-an itu masing-masing ditahan di Padang Serai dan Kampung Selamat pada pukul 4 petang dan 7.30 malam semalam.
   
"Suspek berusia 30-an ada tiga rekod lampau bersabit kes judi dan dadah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis persaraan dan perpisahan pegawai dan anggotanya, di sini malam tadi.
   
Katanya kedua-dua lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Butterworth hari ini untuk mendapatkan perintah reman.
   
Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, Lee Wooi Shong, 34, maut selepas terkena tembakan di kepala manakala rakannya yang berusia 38 tahun cedera parah.
   
Abdul Rahman berkata, mangsa yang cedera telah dibenarkan keluar hospital dan polis akan merekodkan keterangan daripadanya dalam tempoh terdekat. 

-- Sumber: Bernama