Pasukan pemerhati berada di lokasi nahas MH17. - Foto ihsan Twitter Daniel Sandford
GRABOVE - UKRAINE. Pasukan pemantau antarabangsa, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) yang pertama tiba di lokasi MH17 terhempas dilaporkan berdepan kesukaran memulakan tugas pasca nahas ekoran larangan dari puak pemisah pro-Rusia, lapor NBC News.
Pasukan tersebut hanya dibenarkan melakukan pemeriksaan awal dan ketika mereka mahu menjalankan tugas-tugas khusus, mereka dihalau.
“Kami menjangkakan akses penuh, itu cara kerja kami. Malangnya tugas ini menjadi amat sukar.
“Apabila tiba di lokasi, kami berdepan dengan anggota bersenjata yang bertindak kurang sopan dan tidak profesional. Malah ada di antaranya kelihatan sedikit mabuk,” kata jurucakap OSCE, Michael Bociurkiw kepada pemberita.
Menurutnya lagi, pasukannya hanya dibenarkan berada di lokasi selama 75 minit sahaja. Malah katanya, mayat juga dilarang untuk disentuh.
No comments:
Post a Comment