Serangan pengganas di lapangan terbang Pakistan, enam terbunuh
KARACHI: Anggota militan yang lengkap bersenjata menyerang sebuah lapangan terbang di selatan bandar Karachi yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh termasuk 10 anggota militan dalam pertempuran selama enam jam.
10 anggota militan turut terbunuh dalam tembakan tersebut yang berlarutan sepanjang malam termasuk dua letupan yang menggegarkan lapangan terbang Jinnah.
Menurut jurucakap tentera 10 anggota militan terbunuh dan sekurang-kurangnya 11 mayat termasuk pengawal keselamatan dan dua orang awam telah diterima oleh Hospital Jinnah.
"Perkembangan terkini: Kawasan berjaya dikosongkan. Tiada kerosakan pada kapal terbang, api yang kelihatan dalam gambar tidak melibatkan pesawat sebaliknya bangunan, telah berjaya dipadamkan. Aset utama kekal," menurut jurucakap ketenteraan Mejar Jeneral Asim Bajwa dalam tweetnya.
Serangan tersebut mengakibatkan penutupan Lapangan Terbang Jinnah, namun Bajwa berkata ia akan dibuka semula lewat hari ini.
Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut, namun ia berlaku susulan rundingan antara Pakistan dan anggota Taliban yang berlangsung awal tahun ini.
"Salah seorang daripada mereka meletupkan diri mereka setelah terkena tembakan," pegawai itu berkata menunjukkan yang mereka mengenakan jaket pengebom berani mati.
Penyerang dilihat memasuki lapangan terbang dari dua bahagian sekitar pukul 11 malam (waktu Pakistan) pada Ahad, iaitu di terminal haji dan bahagian kejuruteraan berdekatan dengan terminal lama yang sudah tidak digunakan lagi.
Penyerang dilengkapi senjata mesingan dan bom tangan.
Anggota tentera, pasukan keselamatan lapangan terbang, polis dan pasukan separa tentera telah dikerah ke tempat kejadian.
Anggota renjer separa tentera yang terlibat dalam operasi itu berkata anggota militan yang telah membolosi bahagian kejuruteraan di Pakistan International Airlines (PIA) telah menembak mati pegawal keselamatan di lokasi tersebut.
Seorang wartawan AFP yang berada di lapangan terbang berkata terdapat dua letupan "besar" menunjukkan adanya pengebom berani mati yang telah meletupkan bahan letupan mereka.
Astro Awani
No comments:
Post a Comment