Tuesday, 17 June 2014

Kilang bihun 'menjijikan' musnah dalam kebakaran

KUALA LUMPUR: Kilang bihun cap Masjid yang diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu kerana beroperasi dalam keadaan menjijikkan serta dipertikai status halalnya, musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Kebakaran yang berlaku pada pukul 3 pagi di Batu 7, Jalan Ipoh itu turut memusnahkan empat lagi kilang berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi berkata, dua jentera dan 15 anggota termasuk pegawai terbabit dengan operasi memadam.

Jelas Azrul, api marak dengan cepat kerana setibanya bomba dilokasi kejadian, api sudah hampir meranapkan kelima-lima unit kilang terbabit.

Pihak bomba mengambil tindakan segera mengawal api daripada terus merebak ke beberapa lagi unit kilang berhampiran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kilang bihun itu diarahkan tutup selama dua minggu sementara siasatan dilakukan, hasil daripada serbuan DBKL sebelum ini.

Pemiliknya bagaimanapun mengesyaki kejadian ini ada unsur khianat dan satu laporan polis akan dibuat.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment