Monday, 23 June 2014

Ibu remaja OKU direman

Ibu remaja berkenaan sedang disoal siasat pihak berkuasa.
Ibu remaja berkenaan sedang disoal siasat pihak berkuasa.


SHAH ALAM - Ibu remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung dan kebuluran di Nilai semalam, ditahan polis malam tadi.

Remaja malang itu ditemui anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di Taman Semarak semasa operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati).

Remaja tempatan, berusia 15 tahun itu, ditemui pihak imigresen kira-kira jam 2 pagi dalam keadaan tidak terurus.

Tubuhnya terlalu kurus dan kelihatan seperti mayat hidup, dipercayai akibat kekurangan zat makanan.

Lebih menyedihkan, bilik di mana remaja malang itu dikurung penuh dengan sampah, najis dan tanah.

Baju yang dipakai mangsa juga didapati sudah mereput akibat terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri sepanjang berada di situ.

Wanita berkenaan ditahan reman hingga Rabu ini.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment