Tuesday, 24 June 2014

Cari si bapa sampai dapat

Muhammad Firdaus Dullah

SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan hari ini sedang menggiatkan usaha mengesan bapa kandung kepada remaja kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui pihak imigresen kira-kira jam 2 pagi dalam keadaan tidak terurus di Taman Semarak, dua hari lalu.

Dalam pada itu, usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan sendiri perkembangan maklumat dari Timbalan Pengarahnya, Mohamad Hapil berhasil apabila beliau mengesahkan pencarian bapa remaja itu bertujuan untuk urusan hak penjagaan dan dokumentasi.

“Buat masa ini pihak JKM masih belum mendapat perkembangan positif dalam usaha menjejak, namun kami tidak akan berputus asa dalam teruskan usaha,” katanya.

Mengulas lanjut, buat masa kini, pihaknya masih gagal menghubungi bapa kandung Firdaus namun beliau menjamin usaha pihak JKM untuk mencari bapa Firdaus tidak akan terhenti begitu sahaja.

Jelasnya, JKM N9 turut menerima bantuan dari pelbagai pihak dan agensi lain bagi menyatakan usaha dan kerjasama membantu pihaknya mengesan bapa remaja berkenaan.

“Kami menggunakan semua saluran bantuan yang ada, bukan hanya JKM sahaja yang terlibat mengesan bapa terbabit malah agensi lain turut membantu.

“Kita cuba kesan bapanya melalui alamat lama dan juga saudara-mara terdekat, kami yakin maklumat terbaru akan diperoleh tidak lama lagi,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, pihak polis telah menahan ibu remaja OKU terbabit bagi membantu siasatan yang dijalankan ke atas keadaan Firdaus yang terlalu kurus dan kelihatan seperti mayat hidup, dipercayai akibat kekurangan zat makanan.

No comments:

Post a Comment