Thursday, 26 June 2014

18 barangan harga terkawal sempena Aidilfitri

Sebanyak 18 jenis barangan dikenal pasti untuk dijadikan barangan kawalan sempena Aidilfitri, kata Datuk Seri Hasan Malek


KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 jenis barangan dikenal pasti untuk dijadikan barangan kawalan di bawah Skim Kawalan Harga Sempena Aidilfitri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, D‎atuk Seri Hasan Malek berkata, skim ini akan mengambil tempoh selama 17 hari dan akan bermula dari 20 Julai sehingga 5 Ogos depan.

"Seperti tahun-tahun sebelum ini, menjadi kelaziman kementerian untuk menentukan harga maksimum bagi barang keperluan terpilih.

"Ia dimulakan lebih awal sebagai langkah untuk menyekat kenaikan harga semasa Ramadan dan menjelang Hari Raya Puasa," katanya.

Hasan berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan‎ Kementerian, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Sasana Kijang, ‎Bank Negara di sini.

Turut hadir timbalannya ‎Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Antara barangan harga terkawal adalah ayam hidup, daging lembu tempatan, telur ayam, cili merah, tomato dan ikan kembung.

Hasan sebelum ini berkata, ‎sebanyak 1,800 pegawai penguat kuasa dan 800 pegawai pemantau harga akan turun padang bagi memastikan kelancaran penguatkuasaannya di seluruh negara.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment