Tuesday, 18 March 2014

MAS nafi ubah jadual petugas saat akhir


Mas (Malaysia Airlines)

SEPANG - Malaysia Airlines (MAS) menafikan dakwaan bahawa juruterbangnya, Kapten Zaharie Ahmad Shah bukan juruterbang yang ditugaskan untuk menerbangkan pesawat MH370 ke Beijing pada awalnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, Zaharie ditugaskan mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.

"Tidak benar. Dia ditugaskan mengikut jadual bertugas," katanya pada sidang media harian bagi hari ke-10, hari ini.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan bahawa juruterbang MH370 sebenarnya sedang bercuti ketika dipanggil bertugas.

Masuk hari ke-10 pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk kru MAS hilang, masih tiada perkembangan positif disampaikan pihak berkuasa.

Namun, semua pihak masih menaruh harapan penumpang MH370 itu berada dalam keadaan selamat.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment