Mustahil untuk pecah jika iPhone6 menggunakan paparan skrin kristal nilam. --Oleksandr Berezko/shutterstock.com
Menurut khabar terbaru, syarikat pengeluar telefon bimbit Apple merancang untuk menggunakan kristal nilam atau sapphire pada paparan skrin telefon iPhone berkenaan yang akan membuat ia hampir mustahil untuk pecah.
Laman web 9to5Mac adalah yang pertama untuk melaporkan berita ini, yang mengatakan Apple dan GT Advanced bersetuju untuk menghasilkan sehingga 200 juta skrin gajet berkenaan.
Berbanding dengan kaca biasa, kristal nilam susah untuk pecah atau calar.
Ini menjadikan bahan yang sesuai untuk digunakan oleh Apple untuk keluaran iPhone seterusnya yang berkemungkinan akan mempunyai skrin yang sedikit melengkung seperti khabar angin yang tersebar di internet.
Pengeluaran paparan skrin kristal nilam bakal bermula seawal bulan ini, menurut laman web itu.
Apple telah menggunakan kristal nilam dalam kuantiti yang lebih kecil untuk melindungi kamera pada model iPhone 5S. - Agensi
No comments:
Post a Comment