Monday, 3 February 2014

Pilihan Raya Thailand kecoh

Pilihan Raya Thailand kecoh
Kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan cuba menghalang kelancaran proses pengundian di daerah Ratchathewi, semalam. Foto: EPA


BANGKOK - THAILAND. Proses pengundian di seluruh negara, semalam tetap berjalan lancar dan berakhir pada jam 3 petang (waktu tempatan) walaupun dicemari beberapa insiden kekecohan selain diboikot parti utama pembangkang pimpinan bekas Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva.

Media tempatan melaporkan kepada AFP, proses membuang undi di utara dan timur laut di negara itu berjalan seperti biasa.

Manakala beberapa bahagian di Bangkok dan selatan pula, tergendala akibat tindakan provokasi penunjuk perasaan.

Dalam perkembangan lain, seramai empat orang termasuk tiga askar terbunuh selepas beberapa butir bom meletup di pusat pemeriksaan keselamatan di wilayah bergolak di selatan negara itu.

Hasil siasatan awal polis mendapati serangan di Pattani tersebut didalangi 20 anggota puak pemisah. 

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan hanya 89 peratus pusat pengundian dibuka di seluruh negara berikutan pusat membuang undi di 18 wilayah terpaksa ditutup atas faktor keselamatan.

"Penyokong Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) turut mengganggu kelancaran di 127 daripada 375 kawasan pilihan raya.

"Mereka bertindak menyekat akses di beberapa pusat pengundian dan menghalang penghantaran kertas undi di beberapa kawasan," kata jurucakap suruhanjaya tersebut.

Difahamkan, kebanyakan pengundi turut melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan penyokong PDRC yang dilihat sengaja mahu menggagalkan proses pilihan raya pada kali ini. - Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment