DUNGUN - Seorang gadis Thailand terbunuh manakala sepasang suami isteri yang juga majikannya dan seorang lagi pembantu rumah cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 94 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata Aumiyah Tohmasea, 15, mati di tempat kejadian setelah cedera parah pada bahagian kepalanya.
Faison Ibrahim, 45, yang memandu kereta itu, isterinya Yameelah Mat, 30, dan Padeelah Buenae, 21, juga dari Thailand parah dan dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan.
Kejadian kira-kira 6 pagi itu berlaku ketika dua warga Thailand itu dan majikan mereka serta anak lelakinya yang berusia dua tahun dalam perjalanan untuk bersarapan di Paka.
"Kereta Honda Accord yang dipandu Faison dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu sebelum terbalik. Anak lelaki pasangan itu tidak cedera,"katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahmad Zailani berkata mayat Aumiyah dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat. - Bernama
No comments:
Post a Comment