KUALA LUMPUR - Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di perairan Condore, Reef North dan Pulau Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Khamis ini.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini berkata angin kencang timur laut dengan kelajuan 60km sejam dan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter dijangka berlaku dalam tempoh itu.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.
Kenyataan itu juga menyebut keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori pertama akan melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri), Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Samui, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan.
Keadaan angin kencang yang bertiup antara 40 dan 50 km sejam serta ombak setinggi 3.5 meter itu juga dijangka berterusan sehingga Khamis ini.
Keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut. - Bernama
No comments:
Post a Comment