Thursday, 21 November 2013

Pengamal perubatan tradisional dakwa mampu ubati virus HIV


MACHANG:  Seorang pengamal perubatan tradisional dari Machang, Kelantan mendakwa mampu mengubati  HIV dengan kaedah rawatan tradisional.

Tuan Mohd Tuan Bongsu menjelaskan, hasil kajian dan penyelidikan serta kaedah rawatan yang diperolehi dari tabib cina dan pengamal perubatan tradisional lain, beliau mencipta ramuan tradisional dan menghasilkan ubat herba yang boleh menjadi penawar kepada penyakit HIV dan AIDS.

Katanya, kisah ini bermula lebih 10 tahun lalu, apabila salah seorang ahli keluarganya mengidap HIV kerana penagihan dadah.

Bermula di  situ beliau mula mencipta ubat tersebut dan setelah tiga tahun, akhirnya pesakit tersebut menunjukan hasil dan bebas dari HIV setelah pemeriksaan darah dijalankan.


Astro Awani 

No comments:

Post a Comment