KUALA LUMPUR: Sebanyak 57,929 tawaran kompaun dan 10,477 notis dikeluarkan kepada pihak yang melakukan pencemaran dalam tempoh Januari 2006 hingga September lepas.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr James Dawos Mamit berkata sebanyak 2,449 kes telah didakwa di mahkamah manakala 16 syarikat pula dikenakan perintah larangan.
"Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Akas) 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya, semua pemilik atau pengendali sesuatu kemudahan (premis industri atau kenderaan bermotor) dikehendaki memastikan pelepasan bahan pencemar dari premis atau kenderaan masing-masing mematuhi had yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling," katanya.
Dawos berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata kawalan pelepasan meliputi pelepasan air buangan dan bendasing udara dari premis industri pembuatan, industri berasaskan pertanian iaitu kilang kelapa sawit dan kilang getah, industri perkhidmatan contohnya loji pengolahan kumbahan dan tapak pelupusan sampah serta kenderaan bermotor.
"Syarikat atau individu yang melakukan kesalahan mencemarkan alam sekitar boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan seperti kompaun, perintah larangan dan tindakan mahkamah di samping diberi notis supaya segera menghentikan pencemaran itu melalui penambahbaikan dan meningkatkan kecekapan alat kawalan pencemaran di premis ataupun kenderaan masing-masing," katanya.

BERNAMA
No comments:
Post a Comment