Wednesday, 27 November 2013

Pemimpin Umno 'lembik' - Anwar

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemimpin Umno dan kerajaan Malaysia sebagai 'lembik' kerana sehingga kini mereka gagal menyatakan pendirian tegas terhadap pencabulan kedaulatan negara oleh tiga negara asing yang melakukan aktiviti pengintipan di negara ini.

Ahli Parlimen PKR - Permatang Pauh itu turut mengulangi desakannya terhadap menteri terbabit khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyatakan pendirian tegas berhubung isu itu.

Anwar juga turut menuntut permohonan maaf serta jaminan tidak mengulangi kegiatan itu daripada kerajaan Australia, Amerika Syarikat dan Singapura.

"Soal pengintipan itu sesuatu perkara yang serius dan kita perhatikan sehingga kini tindakan pimpinan Umno dan kerajaan sangat 'lembik'.

"Kita kena tahu ini soal maruah dan keselamatan negara, mana dia kenyataan Menteri Dalam Negeri, mana dia kenyataan tegas Kementerian Luar dan pastinya kenyataan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, dekat sini hari ini.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment