KUALA LUMPUR: Kerjasama di antara stesen penyiaran berita, Astro AWANI dan peneraju aplikasi navigasi mudah alih, Waze bakal menyajikan pengalaman navigasi trafik lebih berkesan kepada pengguna.
Menerusi jalinan kerjasama yang akan bermula awal tahun depan, pelanggan Waze dan penonton Astro AWANI berpeluang mendapatkan maklumat trafik lebih cepat dan tepat.
Gandingan ini menjadikan Astro AWANI sebagai rakan penyiaran ketiga Waze di luar Amerika Syarikat.
Menurut Pengarah Kanan Komunikasi Waze, Julie Ann Mossler, jalinan kerjasama antara dua syarikat ini bakal memberikan pendedahan kepada Waze sebagai sebuah aplikasi berkonsepkan komuniti.
Menurut Julie, AWANI adalah sebuah saluran yang berfikiran hadapan dari segi bagaimana mereka melaporkan laporan kepada penonton umum. Melalui kerjasama ini, ia membuka peluang untuk menterjemahkan laporan trafik kepada pengguna jalan raya. Jika kami dapat mencari kandungan yang senang untuk difahami dan boleh didapati dalam pelbagai platform maka ia adalah situasi yang bermanfaat kepada kedua-dua pihak.
Waze memiliki lebih 1.5 juta pengguna di Malaysia iaitu segmen pengguna kelima tertinggi di peringkat global untuk Waze.
Waze adalah syarikat aplikasi interaktif di mana pengguna juga dapat menyumbang dengan melaporkan keadaan trafik seperti penutupan jalan, kemalangan dan sekatan jalan raya.
Jun lalu, Waze diambilalih oleh Google pada nilai lebih RM3.18 bilion.

Berita mula diterbitkan pada: November 21, 2013 16:50 MYT
No comments:
Post a Comment