Saturday, 12 October 2013

Hidup dalam kebimbangan ekoran suami alami gangguan mental

Hidup dalam kebimbangan
Ibu enam anak ini bimbang keselamatan diri dan anaknya kerana suami kerap mengamuk sejak akhir-akhir ini.


KUALA KRAI – Seorang ibu enam anak bimbang selepas suaminya yang berdepan gangguan mental kerap mengamuk sehingga menyebabkan dia khuatir keselamatan diri dan anak, sejak akhir-akhir ini.

Wanita berusia 30 tahun itu berkata, suaminya pernah merosakkan harta benda mereka apabila penyakit yang baru dihidapinya beberapa tahun kebelakangan ini menyerangnya.

Katanya, ketika berkahwin, suaminya tidak menghidap sebarang penyakit sehinggalah pada 2009, dia mula menunjukkan perubahan sehingga tidak dapat melakukan sebarang kerja.

Menurutnya, cermin keretanya dipecahkan suaminya baru-baru ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk tidak membaikinya.

Bukan itu sahaja katanya, telefon bimbitnya juga dibaling lelaki berusia 40 tahun itu, menyebabkan dia tidak lagi menggantikannya dengan yang baharu kerana tidak mampu berbuat demikian.

“C saya dan anak-anak hidup dalam ketakutan. Kalau boleh saya ingin tinggal berasingan dengan suami.

“Bukan saya tidak sayangkan dia tetapi bimbang suami akan bertindak di luar batasan sekiranya penyakitnya datang lagi kerana ketika itu dia tidak mampu berfikir seperti mana orang dalam keadaan normal” katanya kepada Sinar Harian.bcç

Menurutnya, buat masa sekarang dia tinggal di rumah keluarganya, sementara suaminya pula tinggal bersama ibunya.

Katanya lagi, sebelum ini suaminya telah membuat tapak untuk membina rumah mereka tetapi tidak sempat siap apabila menghidap penyakit tersebut, ditambah pula kekurangan sumber kewangan.

“Sekarang saya tinggal bersama-sama emak dengan keluarga besar dan saya rasa tidak patut terus membebankan emak kerana adik-adik masih ramai perlu ditanggung.

“Saya berhasrat tinggal sendiri tetapi tidak mampu menyewa, tambahan tidak mempunyai pendapatan sendiri selepas suami sakit,” katanya.

Berikutan masalah itu katanya, dia pernah membuat permohonan kepada sebuah jabatan berkaitan untuk mendapatkan bantuan tetapi sehingga ÿ  belum mendapat sebarang maklum balas.

“Tapak rumah kami dah ada, cuma saya memerlukan bantuan membina sebuah rumah sebagai tempat berlindung kerana bimbang keselamatan diri dan anak-anak terancam.

“Jauh di sudut hati, saya mahu tinggal bersama suami tetapi risau keadaan dirinya. Walaupun tinggal berasingan, saya tetap mengambil berat perihal suami terutama kesihatannya,” katanya.

Katanya lagi, walaupun mereka tidak tinggal sebumbung, dia tetap membawa suaminya mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Krai.


Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment