Kira-kira 30 orang berkumpul di luar bangunan Parlimen hari ini sebagai membantah pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang menghidupkan kembali undang-undang penahanan tanpa bicara.
Wakil-wakil dari Suaram dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) serta beberapa aktivis lain melaungkan slogan meminta penarikan balik cadangan undang-undang 'zalim' itu.
Mereka turut menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta untuk menolak rang undang-undang untuk meminda PCA.
Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga berkata jelas terdapat kecacatan yang serius dalam undang-undang tersebut.
"Di manakah Perdana Menteri untuk menjelaskan mengapa kita memerlukan undang-undang sebegini? Saya tidak percaya dengan cerita mengenai jenayah ini. Undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi," katanya.
Ambiga berkata ini merupakan gimik pra-pilihan raya untuk menghapuskan Ordinan Darurat dan ISA.
"Mengapa kita perlu percaya bahawa mereka tidak akan menggunakannya terhadap pihak pembangkang?"
- ASTRO Awani
No comments:
Post a Comment