Sunday, 29 September 2013

Murid tahun enam lemas di sungai

DUNGUN - Kegembiraan tiga murid sekolah mandi di sebatang Sungai di Kampung Rajawali, Pulau Serai di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas hari ini.

   
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, mangsa Muhammad Aizuddin Jafri, 12, bersama adik dan seorang lagi rakannya mandi di sungai berkenaan kira-kira jam 3 petang.
   
Katanya adik mangsa Muhammad Amsyaakhir, 9, dan seorang rakannya Safuan Fahmi, 12, dikatakan mandi di tepi sungai sementara mangsa dikatakan berenang ke tengah sebelum lemas.
   
“Ketika sedang mandi mangsa melambai-lambai tangan meminta pertolongan daripada adik dan rakannya namun hanya disedari tiga kanak-kanak lain yang memancing kira-kira 200 meter dari tempat kejadian lalu memaklumkan kepada seorang nelayan," kata Ahmad Zailani.  
   
Beliau berkata nelayan terbabit yang sedang menjahit pukat di atas bot, kemudiannya berenang ke tengah sungai untuk menyelamatkan mangsa dan berjaya menarik mangsa ke permukaan air lalu membawanya ke Hospital Dungun.
   
Katanya, murid Sekolah Kebangsaan Pulau Serai itu bagaimanapun dikatakan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.

- Bernama

No comments:

Post a Comment